MANSOR MD DAN adalah tenaga pengajar tetap bagi Tiqa Hamizah Enterprise.
Mula belajar menganyam bakul rotan sewaktu berusia 16 tahun, Pernah mengikuti kursus Pembentukan Usahawan Mara pada tahun 1982, kursus asas pengilangan anjuran Perbadanan Kraftangan Malaysia cawangan Negeri Sembilan pada bulan Jun 1995,memperolehi surat kebenaran mengajar Kraftangan yang dikeluarkan oleh Kraftangan Malaysia cawangan Melaka pada Julai 1995.
Telah memulakan perusahaan kraf pada tahun 1994. Pernah mengikuti demonstrasi anyaman bersama perbadananan Kemajuan Negeri Melaka bahagian Promosi Pelancongan.
Agensi seperti KRAFTANGAN MALAYSIA DAN KEMENTERIAN PELANCONGAN Seringkali memanggil En Mansor untuk mengadakan kelas anyaman rotan.
Pernah di panggil oleh Syarikat Penerbitan Stesen TV1 dalam Rancangan Program Nota Kembara Bersama MR.Joko.
Kelas Anyaman Rotan secara online ini adalah sebagai panduan kepada sesiapa sahaja yang meminati seni anyaman dan ingin belajar cara menganyam bakul berasaskan rotan. Ianya mengandungi panduan menyeluruh ke arah penghasilan kraft yang berkualiti dan memuaskan.